Pengumuman


Selamat Datang Ke Surau TM Kelana Jaya.

Kuliah Zohor 15/1/2013 (Selasa)
Y.Bhg Dato'Daud Che Ngah
Muslim/muslimat dijemput hadir.


Kuliah Zohor 8/1/2013 (Rabu)
Y.Bhg Ustaz Muhsin


Perutusan Tahun Baru 2013 Masihi
En Norsharifuddin Salleh,Pengerusi Surau TM Kelana Jaya
http://stmkelanajaya.blogspot.com/2012/12/perutusan-tahun-baru-2013.html
Sesiapa yang ingin memberi sumbangan untuk Surau TM Kelana Jaya bagi program-program seperti kuliah zuhur, penghayatan bulan ramadhan dan lain-lain. Anda boleh memasukkan ke dalam akaun Surau TM Kelana Jaya seperti berikut :

No Akaun BIMB 12-047-02-013038-3

Jawatankuasa Surau TM Kelana Jaya mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Terima kasih.

Meja Pengerusi













Assalamualaikum Wrt Wbh.

Terlebih dahulu, saya merafak rasa kesyukuran kepada Allah SWT diatas kepercayaan yang diberikan selaku Pengerusi Surau di TM Kelana Jaya,Petaling Jaya, Selangor disamping sokongan padu daripada barisan ahli jawatankuasa lain. Saya  merakamkan ucapan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa diatas penghasilan satu laman web bagi berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan di Surau TM selain daripada tazkirah harian, mingguan mahupun bulanan sebagai pengisian rohaniah untuk dikongsi kepada warga TM amnua khususnya warga TM Kelana Jaya.

Justeru, diharapkan dengan terhasilnya laman web ini dapatlah sedikit perkongsian ilmu dapat dimanfaat untuk semua warga TM. Insya-Allah. Saya juga berbesar hati mengalu-alukan warga TM khasnya warga TM Kelana Jaya untuk menyumbang idea yang bernas dan ikhlas bagi mempastikan maklumat yang bakal dimuatkan dapat memberi manfaat yang terbaik bagi meningkatkan tahap keiman dan ketaqwaan kepada Allah SWT.



Ikhlas daripada :-
En Norsharifuddin Salleh
Pengerusi
Surau TM Kelana Jaya
03-7805 5755
dinsalleh@tm.com.my